Friday, 24 October 2014

SELAMAT DATANG

ILMU PENGUBATAN  BERSANAD DARI WALIYULLAH KANJENG SUNAN KALIJAGA
Program Ilmu Pengubatan Islam Bersanad dari Waliyullah Kanjeng Sunan Kalijaga menggunakan kaedah Ruqyah dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran dan kaedah rawatan khusus.

Salah satu method pengubatan spiritual Kerohanian Islam dengan pengerahan daya batin adalah sebagaimana yang diajarkan oleh Sunan Kalijaga. Iaitu menyampaikan doa pada Tuhan Yang Maha Kuasa dengan keyakinan penuh bahawa doanya akan diijabahi oleh-Nya dengan diiringi sikap pasrah total dan ikhlas.

Sebenarnya manusia tidak boleh menentukan bahawa suatu penyakit tidak boleh disembuhkan. Kerana yang mampu menyembuhkan bukanlah manusia lantaran teknologi dan ubat-ubatannya. Kesembuhan hanya ditentukan oleh Allah dengan syari’at/cara beraneka macam.
Firman Allah dalam Al-qur’an S. Asy Syuara ayat 80
Ertinya : Dan apabila aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan
Apabila secara empiris suatu penyakit sukar disembuhkan itu bererti ilmu pengetahuan belum menemukan ubatnya. Dalam kenyataan ini pendekatan Ilahiyah (doa) lebih tepat. Pendekatan medik dan pendekatan Ilahiyah keduanya saling melengkapi.
Berusaha untuk mendapatkan kesembuhan adalah hak manusia. Cara dan lantaran apa saja boleh kita lakukan sepanjang tidak melanggar syari’at dan menimbulkan syirik. Sekalipun kita menempuh pendekatan empiris seperti datang ke doktor atau tabib terkenal serta mengambil ubat-ubat yang mahal boleh menjadi keliru apabila keyakinan kita atas kesembuhan itu tertuju pada doktor atau tabib dan ubat.
Keyakinan semacam itu juga masuk ke wilayah syirik. Kerana kesembuhan itu tidak berada di tangan doktor atau pada ubat tetapi sepenuhnya pada Allah, Tuhan Yang Maha Agung Maha Suci. Sekali lagi doktor, tabib, ubat dan ramuan adalah hanyalah sebagai ikhtiar.
Mencari kesembuhan dengan lantaran seseorang yang mendoakan juga boleh keliru apabila orang itu tidak memohon kepada Allah tetapi minta kesembuhan kepada selain Allah. Kiranya kita perlu berhati-hati ketika mencari kesembuhan dengan cara non medik. Kita harus tahu apakah permohonan orang yang kita mintai pertolongan itu benar-benar ditujukan kepada Allah. Apabila diperlukan syarat adanya sesajian tertentu maka ada indikasi permohonan itu tertuju kepada selain Allah. Kerana Allah Yang Maha Agung Maha Suci tidak memerlukan berbagai macam bentuk sesajian atau persembahan.
Sebahagian orang yang berfikiran ekstrim bahkan menganggap mencari kesembuhan dengan minta didoakan oleh seseorang pun termasuk syirik. Argumen mereka adalah bahawa berdoa kepada Allah itu harus dilakukan tanpa perantara/langsung. Pendapat semacam itu tidak keliru, tetapi juga tidak mutlak kebenarannya. Walaupun siapa saja boleh dan dapat melakukan doa itu sendiri.Kenyataan menunjukkan bahawa ketika kita sakit dan berdo’a untuk mendapat kesembuhan belum tentu kita segera mendapatkannya. Kerana itu meminta tolong kepada seseorang untuk didoakan agar tercapai apa yang diharapkan juga bukan suatu yang keliru. Sebagai contoh yang mudah difahami adalah seorang anak yang sudah setinggi apapun ilmunya meminta didoakan oleh orang tuanya adalah tidak keliru. Setiap orang tentu memiliki kelebihan dan sekaligus kekurangannya masing-masing. Oleh sebab itu tidak ada salahnya kita meminta pertolongan orang lain. Lebih-lebih meminta tolong untuk didoakan.
Dalam keadaan bagaimana pun berdo’a kepada Allah adalah suatu keharusan bagi orang yang beriman. Bahkan seorang hamba yang tidak mahu berdo’a kepada-Nya bererti telah melakukan kesombongan. Apalagi ketika kita mengalami suatu problem yang rumit misalnya menderita penyakit yang secara medik sukar disembuhkan maka memohon kesembuhan melalui do’a adalah jalan terbaik. Tidak bererti bahawa ketika penyakit kita dipandang ringan kita boleh meninggalkan do’a. Kerana seringan apa pun penyakit pada hakikatnya hanya Allah yang menyembuhkannya.
Ada sebahagian orang yang ketika sakit diubati dengan lantaran hal-hal yang serba mahal tetapi belum juga diberi kesembuhan. Semua itu adalah rahsia dan hak Allah.
Kalau do’a yang kita panjatkan dikabulkan Allah, tentu tak ada penyakit yang tidak boleh disembuhkan dan tak ada persoalan yang tidak dapat dipecahkan.
Method Pengubatan Versi Sunan Kalijaga dengan pendekatan Ilahiyah yang dilakukan cukup praktikal dan sederhana. Pasien pun tidak harus datang ke tempat pusat rawatan. Dengan mewakilkan anggota keluarga atau siapa saja yang dipercaya juga boleh dilakukan. Dalam mengubati pasien perawat tidak meminta untuk disediakan alat dan syarat. Media yang digunakan cukup air putih. Ramuan-ramuan khusus pun tidak pernah diperlukan.
Air putih yang digunakan sebagai media pun boleh berasal dari pasien atau dari pengamal pengubatan Sunan Kalijaga ini. Dengan beningnya air itulah pengamal pengubatan Sunan Kalijaga berdo’a kepada Allah agar ke dalam air bening itu Allah memasukan potensi atau zat-zat yang berguna untuk membanteras penyakit yang diderita oleh pasien. Berkat do’a dan ayat-ayat suci Al Qur’an Allah melimpahkan Anugerah-Nya berupa suatu potensi yang tidak kasat mata ke dalam air bening itu sehingga dapat digunakan sebagai lantaran kesembuhan penyakit.
Kerana yang memberikan potensi atau zat pengubatan adalah Allah Yang Maha Mengetahui maka pasti tidak akan terjadi yang disebut over dosis atau pun side effect yang kontra produktif. Yang diberikan Allah adalah zat-zat yang tepat dan efektif untuk menyembuhkan penyakit dan/atau mengatasi problem lain. Dengan demikian penyakit apa pun termasuk penyakit yang belum ditemukan ubatnya dan tidak dapat diatasi dengan pendekatan medik apabila Allah menghendaki tentu terjadi kesembuhan pada pasien.
Dapat kita ambil pengertian dari huraian di atas bahawa tidak ada kemujarabn atau kemustajaban kecuali kerana Allah Yang Maha Agung Maha Suci. Baik ubat mahupun zat apa saja bukanlah suatu hakikat melainkan hanya suatu syari’at atau lantaran yang kita gunakan untuk mendapatkan ridha Allah. Dan oleh sebab itu maka sikap meyakini kehebatan apa saja dan siapa saja tanpa merujuk kepada Allah sebagai causa prima adalah sikap yang keliru.
Dalam pendekatan Ilahiyah ini yang perlu diperhatikan adalah tata cara agar do’a yang kita panjatkan itu dikabulkan Allah. Pada dasarnya Allah mengabulkan do’a yang dipanjatkan kepada-Nya. Firman Allah dalam Surat Al Qur’an Surat Al Mu’min ayat-60
Artinya : Berdo’alah kepada Ku maka akan Aku Kabulkan.
Namun sering kita tidak mengerti bila do’a kita akan terkabulkan. Dikabulkan atau tidaknya atas do’a kita meskipun itu hak prerogatifAllah tetapi bergantung juga kepada manusia yang melakukan do’a itu. Ada beberapa syarat supaya do’a kita dikabulkan oleh-Nya antara lain :
- makanan yang kita ambil adalah makanan halal yang diperoleh dengan cara yang halal pula.
- diawali do’a kita dengan memuji Allah dan bershalawat kepada Rasulullah SAW.
- dilakukan dengan rendah hati dan berbaik sangka kepada Allah.
- hati kita tidak diliputi sifat syaithoniyah seperti marah, dengki, benci, iri hati, riya’, ta’ajub dan takabur.
Apabila syarat tersebut di atas dapat kita penuhi, Insya Allah do’a kita akan dikabulkan.
Untuk memudahkan dikabulkannya do’a kita kecuali beberapa syarat yang penulis sebutkan diatas ada hal lain yang harus kita ketahui yaitu menyatunya do’a maupun amalan itu dengan diri kita.
Mengenai menyatunya do’a atau amalan (ayat-ayat suci Al Qur’an ) dengan diri kita dapat Dr.Rizal berikan ilustrasi sebagai berikut :
kita ingin mengendalikan Kenderaan tetapi hanya mengerti teori – tentang tata cara memandu tentu kita tidak akan mampu mengemudikan kenderaan dengan baik kerana belum mempunyai kemahiran memandu. Sekalipun kita dapat mengendalikan kenderaan tersebut tetapi belum mahir justeru akan menimbulkan bahaya. Belum mahir itu bererti kemampuan menghidupkan atau membawa kenderaan belum menyatu dengan diri kita. Jadi supaya kemampuan memandu kenderaan itu benar-benar menyatu maka kita harus melakukannya terus menerus atau berulang-ulang. Seorang pemandu yang telah terus menerus atau berulang-ulang dalam waktu lama memandu tentu tidak akan mengalami kesulitan memandu sebarang jenis kereta apa saja baik kecil mahupun besar. Boleh terjadi hal seperti itu kerana di dalam memandu dia tidak lagi dikendalikan oleh fikiran saja tetapi perasaannya juga. Di dalam ilmu jiwa keadaan yang seperti itu disebut dengan “conditioned”. Kemahiran-kemahiran melakukan aktiviti kerja yang lainnya pun memerlukan proses “mengkondisikan” agar kemahiran itu menyatu dengan diri kita.
Amalan (ayat-ayat suci Al-Quran) dan do'a akan dapat dimanfaatkan untuk berbagai kepentingan dan memunculkan hasil yang sesuai keinginan kita apabila semuanya telah menyatu dengan diri kita. Sama seperti kemahiran amalan atau do'a perlu di ulang-ulang dengan cara wirid secara istiqomah dan mudawamah. Kalau amalan itu telah menyatu pada saat kita memerlukannya boleh digunakan secara spontan. Dan bahkan ketika kita tidak bermaksud menggunakannya pun apabila situasi memerlukan kekuatan amalan akan muncul dengan sendirinya dan itulah yang dalam ilmu tarekat lazim disebut dengan "karamah".
Seperti Dr.Rizal katakan tadi bahawa agar do’a kita dikabulkan oleh Allah salah satunya kita harus terhindar atau terbebaskan dari sifat-sifat syaethoniyah. Maka dari itu disamping do’a atau amalan itu harus diulang-ulang dengan wirid secara istiqomah dan mudawamah membersihkan hati kita dari sifat-sifat syetan harus dilakukan juga.
Melakukan puasa dan sholat malam serta senantiasa zikir dan bertasbih merupakan cara-cara yang efektif untuk membersihkan hati. Kebersihan hati tentunya tidak diperoleh dalam waktu singkat atau “instant” tetapi memerlukan proses panjang.
Wirid dan Amalan
Di dalam pelbagai budaya di dunia terdapat banyak ragam frasa mahupun kalimat yang diyakini mempunyai kekuatan ajaib atau kuasa ghaib. Dalam budaya jawa frasa atau kalimat semacam itu disebut mantera. Apabila suatu mantera dibaca atau diucapkan oleh orang yang telah mendapatkannya maka akan muncul kekuatan ghaib atau supernatural sesuai dengan sifat mantera dan tujuan orang yang menggunakannya. Kekuatan ghaib yang yang muncul dari mantera itu boleh positif mahupun negatif ataupun negatif. Kekuatan yang positif adalah kekuatan yang muncul untuk digunakan dalam kemaslahatan misalnya penyembuhan. Tetapi tidak jarang kekuatan ghaib itu disalahgunakan untuk kejahatan dan mencelakakan orang.
Kekuatan supernatural dari sejenis mantera pada umumnya berasal dari kekuatan makhluk ghaib seperti jin mahupun siluman. Kekuatan-kekuatan ghaib yang berasal dari jin ataupun siluman biasanya menyebut pemilik atau penggunanya untuk berlaku riya’, sombong, ujub, demonstrative dan bahkan cenderung untuk menggunakannya di jalan yang tidak diridhai Allah.
Perlu kita ketahui bahawa sekalipun suatu kekuatan ghaib atau supernatural itu digunakan untuk kebaikan dan kemaslahatan apabila diperolehnya kekuatan ghaib itu dari sejenis jin dan siluman atau ghaib yang menyimpang (semacam sihir) maka itu dilarang oleh ajaran Islam. Kekuatan supernatural yang dibenarkan oleh syari'at Islam untuk kita miliki dan gunakan adalah kekuatan supernatural yan boleh muncul hanya atas izin Allah dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran ataupun doa-doa dari para Nabi dan Rasul serta doa para aulia. Kekuatan supernatural yang demikian ini tidak bersifat demonstrative dan bahkan tidak kita ketahui kemunculan dan keberadaannya hanya saja kesannya dapat dirasakan.
Untuk mendapatkan dan mempunyai kekuatan supernatural ada yang melakukan dengan cara mempelajarinya dengan pakar Spiritual. Ada pula yang melakukan tirakat atau riyadhah misalnya puasa. Puasa pun berbeza-beza cara dan bentuknya. Sekalipun dengan cara mempelajari secara bimbingan spiritual, riyadhah tetap selalu menyertainya.
Di alam moden dimana manusia semakin banyak memanfaatkan dan bergantung pada teknologi hal-hal supernatural masih tetap mendapat tempat di masyarakat. Hal ini dibutikan paling tidak dengan adanya tayangan-tayangan pada hampir semua stesen televisyen di negara ini yang bernuansa mistik dan supernatural. Tabloid, majalah mahupun Surat khabar pun ada yang mengambil pakar bidang tersebut.
Sebahagian warga masyarakat pun tertarik untuk mendapatkan macam kekuatan supernatural itu. Mereka membeli majalah, tabloid mahupun buku-buku yang didalamnya ada petunjuk-petunjuk untuk memperoleh kekuatan supernatural. Pada umumnya mereka diwajibkan mengirimkan sejumlah wang sebagai mahar dan kemudian disuruh melakukan amalan-amalan tertentu dengan cara wirid.
Tidak sedikit orang yang kemudian menjadi stress dan rosak jiwanya sebagai akibat dari melakukan wirid amalan yang diperolehi dari buku, tabloid mahupun majalah. Kerana itulah warga masyarakat perlu berhati-hati dalam menyikapi hal ini. Apabila salah langkah kita, bukannya untung tetapi malah rugi. Tidak kita peroleh manfaat tetapi mendapat mudarat.
Para sufi mengajarkan bahawa mencari ilmu tanpa guru maka gurunya adalah syaitan. Ilmu yang dimaksudkan bukanlah knowledge atau science. Science dan ilmu pengetahuan boleh diperolehi secara autodidak tanpa seorang guru dan tidak akan menimbulkan kesan pada kerosakan jiwa. Tetapi ilmu dalam pengertian kemampuan spiritual sering memberi kesan bahaya bagi jiwa atau minda seseorang. Dengan demikian langkah yang awal yang harus ditempuh oleh seseorang yang ingin mendapatkan kemampuan spiritual dan supernatural adalah mencari seorang mursyid yang telah masyhur dan terbukti kesalehan dan ketaqwaannya pada Allah SWT
Selepas bertemu dengan mursyid yang soleh, biasanya mursyid tersebut akan mempertimbangkan dan kemudian memutuskan layak atau tidaknya kita menjadi pelajar. Apabila kita dipandang layak maka mursyid akan "membaiat" kita menjadi pelajar. Barangkali "baiat" atau "tawajuh" ini boleh diibaratkan sebagai sebuah wadah bagi potensi ataun kekuatan supernatural yang akan menyatu dengan diri kita. Sebelum dilakukan baiat tentu ada proses pembersihan terhadap fikiran dan hati kita. Proses ini boleh berlangsung lama atau cepat bergantung pada keadaan fikiran dan hati kita. Pembersihan hati dan fikiran ini biasanya berupa wejangan-wejangan yang harus dilakukan dalam tindakan sehari-hari.
Ketika baiat telah dijalani seiring dengan berlangsungnya proses pembersihan minda dan hati dari sifat-sifat syaitoniyah seperti ujub, hadzib, dengki, iri hati dan riya 'mursyid memberikan amalan berupa ayat-ayat suci dari al-Quran, do'a para nabi dan rasul mahupun do'a para aulia.
Seperti telah Dr.Rizal paparkan di depan agar kekuatan ayat-ayat suci mahupun doa boleh menyatu dengan diri kita maka ada beberapa hal yang harus diperhatikan antara lain:
- Suatu amalan harus ditebus dengan shodaqoh
- Dilandasi dengan puasa
- Mohon kepada Allah agar dimasukkan pada diri kita kekuatan suatu ayat atau doa (amalan)
- Dibaca dengan cara wirid
Wirid ertinya membaca suatu amalan secara teratur dan berterusan (daim). Wirid harus dilakukan dengan ikhlas, hanya berharap redha Allah. Melakukan wirid ini boleh diibaratkan sebagai suatu proses conditioning atau pembiasaan agar suatu amalan menjadi satu  dengan diri kita. Apabila suatu amalan itu telah menyatu dengan diri kita maka pada saat amalan itu diperlukan baik sengaja atau terpaksa kekuatan tersebut akan muncul secara spontan. Sebagai contoh orang yang mempunyai kemahiran berenang ketika tejatuh ke dalam air, sengaja atau tidak kemahiran berenang itu akan muncul secara spontan. Demikian pula kekuatan suatu doa atau amalan apabila senantiasa kita baca dengan wirid maka akan muncul dengan sendirinya baik sengaja atau tidak pada saat keadaan memerlukannya. Wirid suatu amalan lazimya dilakukan selepas solat di mana kita dalam keadaan berwudhu'(suci dari hadas dan najis).
Kekuatan suatu amalan yang muncul boleh dilihat oleh seorang yang mempunyai penglihatan dengan mata batin biasanya dalam wujud suatu cahaya dengan pelbagai warna bergantung pada sifat kekuatan ghaib atau kuasa ghaib itu sendiri. Kekuatan-kekuatan yang bersifat positif dan bertujuan kemaslahatan muncul dalam bentuk cahaya hijau sedangkan kekuatan yang bersifat negatif dalam bentuk cahaya merah. Boleh juga kekuatan ghaib yang disalurkan ke dalam air menjadikan air tersebut nampak seperi mendidih dan mengandungi aneka warna. Dan kekuatan yang disalurkan ke dalam benda padat menjadikan benda tersebut seperti mempunyai daya magnet atau arus elektrik. Tentu hal ini hanya boleh dilihat atau dirasakan oleh orang yang mempunyai penglihatan batin.
Orang-orang yang mempunyai kuasa luar biasa pada umumnya terdapat aura pada tubuhnya. Warna cahaya aura itu menunjukkan sifat kekuatan supernatural yang dimiliki. Terang dan tidaknya cahaya aura menunjukkan besar dan kecilnya kekuatan supernatural itu semakin terang dan merata pada seluruh tubuh semakin besar pula kekuatan supernaturalnya.
Bagi yang telah dibaiat oleh seorang Guru yang soleh dan bertanggungjawab boleh diibaratkan telah mendapat wadah (tempat) untuk kuasa luar biasa yang diperolehinya. Dalam hal ini kekuatan ghaib itu tidak menyebabkan kegoncangan jiwa dan bahkan boleh dimanfaatkan untuk kepentingan yang maslahat.
Tetapi seperti Dr.Rizal katakan tadi bahawa tidak sedikit orang yang menjadi goncang jiwanya kerana kesan negatif suatu amalan. Hal yang demikian ini boleh terjadi kerana amalan itu diperolehi secara sembarangan dan tidak adanya bimbingan dari Guru yang SAH atau Ditauliahkan/mendapatkan keizinan dalam menjalankan wirid amalan itu. Mungkin boleh diumpamakan dengan limpahan air kerana tidak tertampung oleh wadahnya sehingga merambah ke mana-mana.
Tanda-tanda adanya kesan negatif dari kekuatan ghaib antara lain adanya ketidakseimbangan antara fikiran atau akal dan hati. Orang yang tindakannya tidak boleh dikendalikan oleh akal dan fikirannya seperti hatinya terus menerus membaca kalimah-kalimah do'a atau bertasbih atau apa saja yang justeru sukar dikawal atau tanpa kemahuan akal dan fikir orang tersebut boleh ditunjukkan mengalami gangguan ghaib. Gangguan ghaib banyak ragamnya. Ada yang dalam bentuk selalu mengerti yang akan terjadi tanpa adanya suatu kepentingan untuk itu. Ada pula yang berupa penglihatan makhluk-makhluk ghaib serta ada juga dalam bentuk selalu melihat manusia dalam bentuk haiwan. Hal-hal semacam ini justeru menimbulkan kegoncangan pada jiwa seseorang.
Gangguan-gangguan ghaib itu masuk ke dalam diri seseorang tidak hanya kerana melakukan suatu amalan secara sembarangan (tanpa bimbingan Guru) atau secara tidak bertahap tetapi boleh juga akibat dari kekosongan fikiran seseorang oleh sebab berkhayal, kemurungan dan kesedihan yang berlebihan. Untuk mengelakkan hal-hal semacam itu kita harus sentiasa ingat Allah (zikir), tidak menjalankan alaman secara sembarangan (tanpa Guru) dan tidak banyak berkhayal.

Dengan banyak berzikir dalam kesempatan apapun bererti kita semakin dekat kepada Allah. Apabila kita dekat kepada Allah, insya Allah doa-doa yang kita panjatkan akan selalu dikabulkan oleh-Nya. Inilah sebenarnya tujuan dari wirid dan amalan kita. Makbulnya doa merupakan sesuatu yang tak ada bandingnya bagi kesejahteraan dan keselamatan kita dunia dan akhirat.


SIAPA YANG MENGAJARKAN  WEJANGAN ILMU PENGUBATAN SPIRITUAL WALIYULLAH BERSANAD DARI KANJENG SUNAN KALIJAGA?

Dalam mempelajari Wejangan Ilmu Pengubatan Spiritual Waliyullah Kanjeng Sunan Kalijaga anda akan dibimbing secara langsung oleh Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D, baik secara langsung mahupun jarak jauh, siapa itu Dr.Rizal? Dr.Rizal adalah Mahaguru Spiritual dan ilmu Haq yang telah lama berkecimpung dalam dunia spiritual yang sekaligus akan menjadi guru Spiritual anda dalam kursus pembelajaran Wejangan Ilmu Pengubatan Spiritual Waliyullah Kanjeng Sunan Kalijaga.


Nama Ghaib dari Kanjeng Sunan Kalijaga kepada Dr.Rizal adalah “Muhammad Abdul Qodir Al-Faqih” yang Bertujuan Akhlak Mulia seperti Nabi Muhammad SAW dan Derajat Kewalian Kekeramatan Kekaromahan Kepandaian Ilmu seperti Wali Quthub Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani.Itu yang disampaikan Kanjeng Sunan Kalijaga dalam Petunjuk Ghaib.